KABBADI

Monday, August 23, 2010

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KABBADI

Kabbadi adalah sejenis permainan tradisonal kaum India. Namun asal usulnya tidak diketahui tetapi ia telah dimainkan sejak 4,000 tahun dahulu. Permainan ini merupakan permainan berpasukan yang memerlukan tenaga dan kemahiran yang tinggi. Pada awalnya, kabbadi adalah untuk mempertahankan diri daripada seseorang atau kumpulan. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.


Selain itu , permainan ini adalah sejenis permainan yang mudah lagi murah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal ataupun kawasan permainan yang luas. Inilah sebabnya ia begitu popular di pedalaman India.

Sekarang ini kabbadi dimainkan di seluruh Asia dengan beberapa penyesuaian. Kabbadi juga dikenali dengan beberapa nama yang berbeza. Ia bukan sahaja semakin popular di Asia tetapi juga di Eropah dan Amerika Syarikat.Kejohanan Kabbadi Sedunia yang Pertama telah diadakan di Hamilton, Ontario, Kanada, dengan empat belas ribu penonton berkumpul untuk menyaksikan pemain-pemain terkenal dari India, Pakistan, Kanada, England dan Amerika Syarikat beraksi.


APA YANG PERLU DISEDIAKAN

Dalam permainan Kabbadi, dua pasukan yang bertanding untuk skor tertinggi dengan menyentuh atau menangkap pemain-pemain pihak lawan.Setiap pasukan mempunyai 12 pemain, 7 orang di gelanggang dan 5 orang lagi di bangku simpanan.Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

CARA BERMAIN

Selepas Undian dijalankan, pasukan yang menang undian akan menghantar penyerang-penyerangnya memasuki gelanggang dan menyebut perkataan ‘Kabbadi’ berulang kali.Tugas penyerang ialah untuk menyentuh sesiapa sahaja atau semua pihak lawan dan kembali ke petaknya semua dengan satu pernafasan sahaja. Pemain lawan yang berjaya disentuh akan dikeluarkan. Tugas pihak lawan pula sebagai pertahanan, ialah cuba menahan penyerang daripada pihak lawan untuk kembali ke petak atau kawasannya. Jika penyerang tidak kembali ke petaknya dengan sekali pernafasan semasa menyebut ‘Kabbadi’, dia akan dikehendaki keluar daripada permainan.Setiap pasukan secara bergilir-gilir memasukkan pemain-pemainnya ke gelanggang.Jika seorang pemain menyentuh kawasan di luar gelanggang atau sebahagian daripada anggotanya semasa permainan sedang berjalan, dia akan dikeluarkan kecuali perkara tersebut berlaku semasa pergelutan.Skor atau mata akan dikira setiap kali penyerang dapat melepaskan diri ke petaknya semula. Penyerang akan bertukar menjadi pertahanan apabila semua penyerang dapat dimatikan.Masa permainan adalah selama 20 minit bagi setiap separuh masa dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang

LATIHAN YANG BOLEH DIJALANKAN SEBELUM PERMAINAN KABBADI


1. Lukis bulatan di atas padang dengan kapur atau tali

Seseorang berdiri di dalam bulatan dan mengawal bola tenis di tengah-tengahnya. Dia tidak boleh menyentuh atau meninggalkan bulatan.

Sebagai penyerang, tugas kamu ialah cuba masuk ke dalam bulatan untuk merampas bola tenis itu tanpa dapat disentuh oleh penjaganya. Jika dapat disentuh, kamu akan ditukar menjadi pengawal untuk mengawal bola itu pula.
Antara Aksi Pertandingan Kabbadi



No comments:

Post a Comment

Post a Comment